Adly tegas enggan letak jawatan

  • 2 tahun lalu
Politik di negeri Melaka belum reda meskipun Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob menolak cadangan Ketua Menteri Melaka Adly Zahari untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan pilihanraya negeri dijalankan.

Krisis politik di negeri itu terus dilihat tegang apabila Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Katil itu mengadakan perhimpunan dihadapan Kompleks Seri Negeri pada malam Isnin.