Dua ahli perniagaan mengaku bersalah beri suapan rasuah

  • 2 tahun lalu
Dua ahli perniagaan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Rabu atas tuduhan secara rasuah memberi suapan wang tunai RM5 ribu kepada pegawai Imigresen tiga tahun lalu.

Fabian Dang Wei Ming dan Choo Chee Seng, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka serentak di hadapan hakim S Indera Nehru.