Segala keputusan politik dilakukan dengan pantas

  • 2 tahun lalu
Penganalisis Politik UPM, Dr Anuar Shah Bali Mahomed menjangkakan bahawa segala keputusan berkenaan politik negara ketika ini akan dikeluarkan dalam masa terdekat oleh pihak istana. Perkara ini melihat kepada kepantasan Yang DiPertuan Agong dalam melakukan keputusan dengan melantik Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Interim setelah menerima surat perletakan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri Ke-8.