LTdL2019: Sokongan daripada syarikat korporat adalah penting - Tun M

  • 2 tahun lalu
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru lebih banyak syarikat korporat tampil beri suntikan kewangan untuk menyokong penganjuran pelbagai kejohanan sukan antarabangsa dalam negara.

Beliau yang merujuk kepada perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) berkata sokongan kewangan daripada syarikat-syarikat korporat amat penting dalam memastikan penganjuran sesebuah kejohanan sukan antarabangsa.