Kementerian Kewangan bertemu penggiat industri pelancongan Isnin ini

  • 2 tahun lalu
Kementerian Kewangan akan mengadakan pertemuan dengan pemain industri pelancongan di negara ini, bagi mendapat pandangan mengenai pakej rangsangan ekonomi.

Menterinya, Lim Guan Eng, berkata pertemuan itu akan diadakan isnin ini bagi membincangkan berkenaan sektor pelancongan yang terjejas susulan penularan jangkitan novel koronavirus.