'Terima derma daripada kerabat Arab Saudi, tidak terhutang budi'
  • 2 tahun lalu
Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa beliau lebih suka menerima derma daripada kerabat Arab Saudi berbanding penderma tempatan.
Bekas Perdana Menteri itu mengakui, beliau lebih selesa jika tidak menerima sumbangan korporat kerana tidak mahu terhutang budi kepada sesiapa.