Najib jangan risau hal MAPS - MB Perak

  • 2 tahun lalu
Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menasihatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya fokus kepada usaha mempertahankan diri di mahkamah berbanding mengambil tahu tentang isu Taman Tema Movie Animation Park Studios (MAPS) di Perak.
Ahmad Faizal menegaskan,Kerajaan Negeri sehingga kini mampu dan berkebolehan untuk menyelesaikan sebarang kemelut atau masalah yang dihadapi MAPS.