Eric Nam akhiri konsert jelajah Asia di Malaysia, janji akan kembali

  • 2 tahun lalu
Penyanyi solo Korea Selatan, Eric Nam, melabuhkan tirai siri Konsert Jelajah Asianya di ibu negara pada Jumaat.
Bertempat di The Bee, Publika, Konsert Jelajah Eric “Before We Begin” di Kuala Lumpur pastinya merupakan penampilan yang paling dinanti-nantikan oleh Nam Nation (Nama Fandom Eric).