Kalau Majlis Presiden PH nak saya pergi, saya akan pergi - Dr Mahathir

  • 2 tahun lalu
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini sekali lagi menegaskan, kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri akan ditentukan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

Katanya, sekiranya Majlis Presiden PH mencapai kata persetujuan untuk beliau berundur, beliau tidak akan membantah.

"Saya rasa ini akan ditentukan oleh empat parti (komponen PH) secara bersama. Sama ada mereka mahu saya pergi atau tidak".

"Pada saya, jika mereka mahu saya pergi, saya akan pergi,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Forum Integriti Bank Rakyat 2020, di sini, hari ini.

Disyorkan