Pendedahan audio tidak beri impak kepada kepentingan awam

  • 2 tahun lalu
Pendedahan rakaman audio perbualan siasatan terhadap 1MDB dan SRC International Sdn Bhd oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu lalu tidak memberi impak kepada kepentingan awam.

Ini kerana menurut Peguam dan Aktivis Sosial, Datuk Jahaberdeen Mohamaed Yunoos, pendedahan tersebut tidak akan membantu memberkas sesiapa sahaja yang melakukan jenayah.