#AWANIByte: Gunung Berapi Taal meletus, 8 ribu orang terpaksa berpindah

  • 2 tahun lalu
Kira-kira 8,000 mangsa dipindahkan ke 38 pusat pemindahan di wilayah Batangas dan Cavite, susulan Gunung Berapi Taal memuntahkan asap tebal pada Isnin.

Lapangan Terbang Antarabangsa Aquino, Manila, juga terpaksa ditutup sementara selepas ia diselubungi debu letusan gunung berapi yang berlaku sejak Ahad.