#AWANIJr: Hari pertama persekolahan SMK Seri Nilam 2020

  • 2 tahun lalu
“Selamat Tahun Baru 2020!”, hari ini 1hb Januari 2020 , semua sekolah rendah dan menengah di seluruh negara memulakan sesi persekolahan bagi tahun 2020. SMK Seri Nilam yang terletak di Kg Kubang Tangga, Kuala Terengganu, Terengganu memulakan sesi persekolahan 2020 dengan sambutan pihak pengurusan sekolah bersama-sama dengan YDP PIBG SMK Seri Nilam, Datuk Suhaimi Abu Bakar dan Pegawai Perhubungan Sekolah, ASP Rafany Roestam Ibrahim di pintu pagar utama sekolah menyambut kedatangan pelajar-pelajar. Selepas itu semua pelajar dan guru berkumpul di surau sekolah untuk majlis bacaan yassin dan taklimat sebelum dimulakan 1st bell 1st lesson. Seramai 1,093 orang pelajar dan 126 orang guru SMK Seri Nilam memulakan sesi persekolahan hari ini. Adik Nur Ain Abdullah,15 ada laporannya.