'Asap basi' rokok beri kesan serius kepada bayi dan kanak-kanak

  • 2 tahun lalu
Seringkali kita mendengar terma 'secondhand smoker' yang merupakan istilah kepada mereka yang terhidu asap rokok.
Namun sebenarnya terdapat satu lagi terma iaitu 'thirdhand smoker' yang dalam istilahnya adalah 'asap basi' ditinggal perokok di sesuatu tempat atau benda.
Menurut Pensyarah Kanan, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya, Dr Nur Amani Ahmad Tajuddin 'asap basi' juga mengandungi bahan kimia rokok yang membawa kesan kepada kesihatan terutamanya bayi dan kanak-kanak.