Kutipan tol RFID di 10 plaza tol sistem terbuka bermula Januari

  • 2 tahun lalu
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan melaksanakan kutipan tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di 10 plaza tol sistem terbuka bagi kenderaan kelas satu, sebagai antara pilihan mod pembayaran mulai 1 Januari depan.
Ketua Pegawai Operasinya, Zakaria Ahmad Zabidi berkata pelaksanaan sistem itu dijangka dapat melancarkan lagi pergerakan trafik di lorong tol kerana pengguna lebuh raya tidak perlu lagi berhenti untuk menyentuh kad dan tambah nilai e-Wallet.

Disyorkan