Perbanyakkan tenaga kerja dalam bidang kesihatan mental

  • 2 tahun lalu
Salah satu perkara yang perlu diberi tumpuan dalam isu kesihatan mental adalah kekurangan tenaga kerja dan pakar dalam bidang berkenaan.
Di Malaysia, pakar terapi psikologi hanya 420 orang bagi nisbah 32 juta penduduk di negara yang mana sepatutnya ditambah 800 sehingga 900 orang.
Menurut Pakar Perunding Psikiatri Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof Madya Dr Amer Siddiq Amer Nordin, bukan sahaja pakar, malah jururawat dan pekerja sosial untuk bidang kesihatan mental juga masih berkurangan.