Nilai rampasan KPDNHEP Perak cecah lebih RM4.1 juta

  • 2 tahun lalu
Sebanyak 1,261 kes membabitkan nilai rampasan lebih RM4.17 juta dicatatkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak menerusi penguatkuasaan yang dijalankan sepanjang tahun ini.
Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri, V. Ravichandran berkata, kesalahan paling banyak direkodkan ialah gagal meletakkan tanda harga dan gagal menentusahkan alat timbang dan sukat.