"Dr Mahathir luar biasa di mata rakyat Palestin" - Pemimpin Hamas

  • 2 tahun lalu
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat sebagai pemimpin luar biasa oleh rakyat Palestin terutama dalam usahanya membangunkan ummah.

Pengerusi Biro Hubungan Politik Hamas, Mousa Mohammed Abu Marzook berkata keprihatinan Dr Mahathir itu dicerminkan menerusi cetusan idea beliau kepada penganjuran Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (KL Summit) 2019.