Penternak ikan kerugian RM 8 juta

  • 2 tahun lalu
42 penternak ikan sangkar jenis kerapu dan siakap kerugian lebih RM8 juta kerana pencemaran air di Laguna Semerak dekat Pasir Puteh sejak awal Januari sehingga November lalu.

Penternak mendakwa ikan ternakan mereka mati disebabkan pencemaran air yang berpunca daripada tumpahan minyak bot-bot nelayan di kawasan berkenaan.