Remaja perempuan lemas ketika bermain air di Dungun

  • 2 tahun lalu
Seorang remaja perempuan lemas ketika bermain air bersama dua sepupunya di kawasan tempat nelayan menyimpan bot di Kampung Tebing Tembah, Sungai Paka, pada Sabtu.

Mayat Puteri Aniesya Najwa Zamani, 16 tahun dijumpai kira-kira jam 5.45 petang selepas beberapa jam dilaporkan hilang.