Banjir: Dua pusat pemindahan dibuka di Kuching

  • 2 tahun lalu
Beberapa kawasan di bandar raya Kuching mula dinaiki air selepas hujan tanpa henti sejak jam dua petang Rabu.

Sehingga jam 10 malam, dua pusat pemindahan sementara dibuka di Dewan Masyarakat Stapok di daerah Kuching dan Balai Raya Kampung Jugan di daerah Bau.