#MYAPEC2020: Kelestarian Inovasi 4IR teras ekonomi mampan

  • 2 tahun lalu
Dalam menangani cabaran Revolusi Perindustrian Keempat, APEC 2020 turut menengahkan kelestarian inovasi dalam teras ekonomi mampan bagi mendapatkan kerjasama inklusif 21 anggota ekonomi yang bakal bersidang pada November 2020.

Dalam Ucaptama Simposium Bidang Keutamaan APEC 2020 seiring mesyuarat tidak rasmi Pegawai-Pegawai Kanan APEC 2020, Pengerusinya, Hairil Yahri Yaacob, berkata Malaysia bakal mengambil langkah proaktif sebagai tuan rumah APEC 2020 bagi membentuk rangka kerja menjurus kepada kelestarian inovasi dalam lanskap ekonomi mampan serantau.