Kedai emas dirompak, angka kerugian masih disiasat
  • 2 tahun lalu
Kedai emas di Kompleks Perniagaan Chin Hin, Arau, Perlis dirompak seorang lelaki, pada Isnin.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, wanita berusia lingkungan 50-an yang juga pemilik kedai dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar dipercayai mengalami serangan panik akibat terkejut dengan kejadian itu.