Pelaburan RM20 juta melalui proses yang sah

  • 2 tahun lalu
Kumpulan Industri Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi, MIGHT mengesahkan anak syarikatnya Venture-Tech Sdn Bhd ada melakukan pelaburan RM20 juta kepada syarikat aplikasi dron Aerodyne Group pada 1 November lalu.

Bagaimanapun, pelaburan itu bukan digunakan untuk pembangunan kereta terbang.

Perkara berkenaan disahkan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Mohd Yusoff Sulaiman kepada Astro AWANI pada Jumaat.