Siasatan dakwaan abu mayat Chin Peng dibawa masuk Malaysia

  • 2 tahun lalu
Polis sedang menyiasat dakwaan abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng dibawa masuk ke Malaysia.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed berkata siasatan dijalankan mengikut seksyen 504 kanun keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan yang membawa hukuman penjara sehingga 2 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.