Wan Kuzain tidak tersenarai ke Sukan SEA Filipina

  • 2 tahun lalu
Selepas Muhammad Safawi Rasid disahkan tidak tersenarai saingan Sukan SEA, nampaknya hasrat peminat bola sepak untuk menyaksikan pemain yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Wan Kuzain Wan Kamal juga tidak kesampaian.

Menurut kenyataan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), pemain berusia 21 tahun itu, tidak tersenarai berikutan masalah dokumentasi yang tidak dapat diselesaikan sebelum tarikh akhir pendaftaran pemain.