MSA sasar empat emas di Sukan SEA ke-30 di Manila

  • 2 tahun lalu
Empat pingat emas menjadi sasaran Persatuan Pelayaran Malaysia (MSA) dalam Sukan SEA ke-30 yang bakal berlangsung di Manila, Filipina pada 30 November hingga 11 Disember 2019 ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MSA, Mazlan Othman pihaknya yakin atlet pasukan pelayaran negara mampu mempamerkan aksi cemerlang pada temasya sukan dwi tahunan itu.