#AWANIJr: Kerian TV PSS cipta sejarah AWANIJr di Kelantan

  • 2 tahun lalu
TV Pusat Sumber Sekolah Kerian TV PSS SMK Kubang Kerian, Kelantan berjaya mencipta sejarah apabila muncul sekolah pertama di Kelantan yang berjaya menubuhkan program Awani Junior bersama TV PSS. Kejayaan ini muncul apabila usaha yang dibuat oleh pihak sekolah bersama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan menganjurkan satu Bengkel TV PSS dan Awani Junior pada tanggal 17-18 November 2019. Fasilitator jemputan ialah daripada Penolong Pengarah dan pegawai Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu iaitu, Akram @ Amir Abdul Majid, Faziani Othman dan Wan KhairulFairuz Wan Khalid. Untuk laporan seterusnya mari kita bersama Wan Nur Rashida Wan Haszelizam, 15.

AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.