Sidang Dewan Rakyat bermula dengan tidak cukup korum

  • 2 tahun lalu
Loceng sidang Dewan Rakyat dibunyikan dua kali pagi ini susulan bilangan Ahli Parlimen yang hadir didapati tidak cukup korum ketika sidang bermula.
Sidang yang dimulakan dengan loceng pertama dihentikan selama dua minit apabila loceng kedua dibunyikan untuk memanggil lebih ramai Ahli Parlimen masuk.
Perkara itu dibangkitkan Abdul Rahman Mohamad (BN-Lipis) yang mula-mula bangun memaklumkan bahawa korum tidak cukup untuk memulakan sidang.

Disyorkan