BN rampas kerusi Parlimen Tanjung Piai

  • 2 tahun lalu
Barisan Nasional (BN) menawan semula kerusi Parlimen Tanjung Piai selepas calonnya Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng memenangi persaingan enam penjuru pada Pilihan Raya Kecil kawasan itu dengan majoriti 15,086 undi.
Keputusan rasmi itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK Parlimen Tanjung Piai, Zulkifly Mohd Tahir pada pukul 9.16 malam, selepas selesai proses penjumlahan undi di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di Pontian, malam Sabtu.