Penduduk di Terengganu perlu waspada hujan lebat diramal mula Khamis
  • 2 tahun lalu
Penduduk di Terengganu di minta berwaspada dengan hujan lebat yang diramalkan melanda Khamis ini sehingga boleh menyebabkan banjir.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A.Rahman berkata pihaknya telah mengambil langkah awal dengan memaklumkan kepada komuniti khususnya yang tinggal di kawasan berisiko.