PRK Tanjung Piai pasal masa depan negara, bukan Najib
  • 2 tahun lalu
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan Pakatan Harapan, PH bahawa isu pokok Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai ialah mengenai pembelaan nasib rakyat, bukan mengenai soalnya.
Selain itu, bekas pengerusi Barisan Nasional itu berkata, kerajaan tidak seharusnya memesongkan fokus mereka yang sepatutnya ditumpu kepada soal masa depan negara, pentadbiran, serta sejauh mana mereka dapat memenuhi kehendak rakyat.