Pembinaan menara telekomunikasi berdekatan perumahan tidak bahaya

  • 2 tahun lalu
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menegaskan pembinaan menara telekomunikasi berdekatan kawasan perumahan tidak membawa risiko kesihatan kepada masyarakat termasuk golongan warga emas dan kanak-kanak.
SKMM dalam satu kenyataan pada Rabu menjelaskan, ini kerana pembinaan atau penempatan menara telekomunikasi dibuat mengikut garis panduan yang ditetapkan termasuk jarak antara menara telekomunikasi dan kawasan perumahan.