Bauksit: 6 bulan pantau kaedah, SOP kontraktor

  • 2 tahun lalu
Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli berpandangan tempoh enam bulan memadai bagi memantau prestasi syarikat kontraktor dalam pelaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu perlombongan dan pengeksportan bauksit.
Menterinya, Dr Xavier Jayakumar berkata jika dalam tempoh itu, syarikat terbabit tidak berkemampuan, maka tindakan sewajarnya akan diambil termasuk mempertimbangkan penamatan lesen kontraktor terlibat.