APMM tetap pantau di musim tengkujuh elak diceroboh nelayan asing

  • 2 tahun lalu
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menggandakan pemantauan khususnya di kawasan pulau di negeri itu sepanjang Monsun Timur Laut.

Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilhadi Abd Rashid berkata ia kerana lokasi berkenaan sering dijadikan tempat untuk nelayan asing berlindung.