Kanak-kanak 4 tahun rentung dalam kebakaran

  • 2 tahun lalu
Seorang kanak-kanak lelaki ditemui rentung selepas terperangkap dalam kebakaran di Kampung Melisau, Tenghilan, pagi Ahad.
Dalam insiden yang berlaku kira-kira jam 5 pagi itu, mangsa, Joshua Patrick yang berusia empat tahun ditemui di bilik mandi selepas gagal menyelamatkan diri dalam kebakaran berkenaan.