Berpantang di pusat pemindahan sementara
  • 2 tahun lalu
Seorang wanita terpaksa berpantang di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak di Bagan Serai selepas kediamannya dilanda banjir.

Roshida Roslan, 31, bersama bayinya Noradriana Sofia Muhamad Zaikri, yang baru berusia lapan hari, dipindahkan ke PPS itu selepas kediaman mereka di Kampung Matang Tengah, Bagan Serai dinaiki air.