Kerajaan persekutuan pergiat pembangunan infrastruktur Sarawak

  • 2 tahun lalu
Kerajaan persekutuan akan mempergiatkan projek pembangunan infrastruktur luar bandar bagi negeri Sarawak hasil perancangan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB), R. Sivarasa berkata menerusi RMK-11 dari tahun 2016 hingga 2020, negeri Sarawak telah diperuntukkan sebanyak 1.69 bilion ringgit bagi Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB), 1.8 billion ringgit bagi Bekalan Air Luar Bandar (BALB) dan 3.176 bilion ringgit bagi Projek Jalan Luar Bandar (JALB).

Disyorkan