Produk pertanian tanpa dokumen dirampas

  • 2 tahun lalu
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dengan kerjasama Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) berjaya menggagalkan cubaan membawa masuk dan merampas keluaran pertanian dari Thailand pada Sabtu malam.

Antara keluaran pertanian yang cuba diseludup masuk ialah 1,200 kilogram mangga dan 1,600 kilogram ubi keladi tanpa dokumen yang sah seperti permit import dan sijil fitosanitasi dari negara asal.

Disyorkan