"Di Malaysia ada yang kata tentera hanya makan dan tidur, ini kerana 'awareness' berkurangan" - Mat Sabu

  • 2 tahun lalu
Kementerian Pertahanan sedar tahap kesedaran rakyat mengenai pengorbanan tentera perlu dipertingkatkan lagi, kerana masih ada yang menganggap pasukan keselamatan itu hanya tahu 'makan dan tidur'.

Menterinya Mohamad Sabu berkata, atas sebab itu pihaknya mempergiatkan lagi usaha meningkatkan tahap kesedaran dan penghargaan di kalangan rakyat Malaysia, termasuk memperhebatkan lagi kempen derma Tabung Pahlawan 2019.

"Di Malaysia ada yang kata tentera hanya makan dan tidur, ini kerana awareness berkurangan. Sebab itu kempen (Tabung Pahlawan) ini perlu digerakkan. Di sekolah ada orang datang minta derma untuk Tabung Pahlawam, kita beri sepuluh sen, atau sekupang atau dua kupang, bukan itu nilai yang dilihat, tetapi 'awareness'.