Polis berkas ustaz cabul pelajar

  • 2 tahun lalu
Polis memberkas seorang ketua tenaga pengajar sebuah madrasah berusia 28 tahun di Bemban, Jasin selepas didakwa mencabul dan cuba meliwat beberapa pelajar lelakinya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Melaka, Asisten Komisioner Mohd Nor Yazid Idris, ketika dihubungi berkata, perbuatan keji itu terbongkar selepas salah seorang ibu kanak-kanak lelaki berusia 14 tahun, tampil membuat laporan polis Khamis lalu.