Karnival Rasa Sayang raih sambutan luar biasa
  • 2 tahun lalu
Karnival Rasa Sayang yang dianjurkan selama dua hari oleh Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) mendapat sambutan memberangsangkan dengan lebih 3,500 pengunjung di karnival yang berlangsung di perkarangan Stadium Shah Alam pada hujung minggu lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif KWAP, Syed Hamadah Syed Othman berkata pihaknya berharap aktiviti dan program yang dijalankan dapat mengalakkan warga pesara dan bakal pesara untuk terus aktif dan melibatkan diri dalam pelbagai program bermanfaat ketika dalam alam persaraan.