Kongres Maruah Melayu: Anwar diundang saat akhir

  • 2 tahun lalu
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan beliau diundang menghadiri Kongres Maruah Melayu semalam pada saat akhir.

Menurut Presiden PKR itu, jemputan itu dibuat selepas beliau mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak dijemput oleh sekretariat kongres itu.

Katanya, undangan itu dikemukakan pada petang 5 Oktober lalu namun beliau tidak dapat menghadirinya kerana berada di Port Dickson.