Lelaki dipenjara lapan bulan kerana pukul isteri

  • 2 tahun lalu
Seorang lelaki dihukum penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu kerana memukul isterinya sehingga cedera.
Majistret Noor Mazrinie Mahmood membuat keputusan itu selepas tertuduh, Rohazan Hashim, mengaku salah mengikut seksyen 323 kanun keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan.