#AWANIJr: Keunikan bubur asyura dalam tempurung

  • 2 tahun lalu
Tradisi bergotong-royong mengacau bubur asyura adalah cukup sinonim dengan ketibaan bulan Muharram. Bagi ahli kumpulan Ngukah Walk Fit Hulu Terengganu, program sebegini perlu dikekalkan bagi menghiasi sambutan bulan penuh sejarah ini. Pada 21 September 2019, kumpulan ini dengan kerjasama komuniti Kampung Tok Bintang, Hulu Terengganu telah menganjurkan Program Kacau Sura Komuniti. Keunikan program ini jelas terasa apabila bubur asyura dinikmati menggunakan tempurung kelapa yang telah dibersihkan. Wartawan sahutTV, Nurwafa Syazrilimri, 15 dan Abdul Rahman Abd Halim, 16 tidak melepaskan peluang untuk sama-sama merasai kemeriahan program ini. Mari sama-sama saksikan kemeriahannya.