#KomunitiAWANI: Program kesedaran buat generasi muda dan inovasi gunakan upih pinang

  • 2 tahun lalu
#KomunitiAWANI 24 September 2019 menampilkan pelakon, Hisyam Hamid dan penyanyi, Liza Hanim sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI.



Kita akan saksikan makanan eksotik di Pulau Langkawi iaitu Laktut, yang merupakan rumpai laut, juga dikenali sebagai anggur laut atau kaviar hijau. Kemudian, kita akan ceritakan mengenai inisiatif memberi kesedaran mengenai mencegah kebakaran kepada golongan muda oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Selepas itu, kita saksikan inovasi menghasilkan pengganti bekas makanan plastik menggunakan upih pinang. Kita juga akan saksikan Pak Jalil, 82 tahun yang masih kuat untuk meneruskan khidmatnya sebagai penulis surat berlesen.