Gempa Maluku: Angka kematian meningkat kepada 23 mangsa

  • 2 tahun lalu
Angka kematian akibat gempa bumi yang menggegarkan wilayah Maluku di Indonesia pada Khamis meningkat kepada 23 orang.

Memetik laporan AP, gempa berukuran 6.5 magnitud itu turut menyebabkan lebih 500 penduduk tempatan kehilangan tempat tinggal akibat kerosakan kediaman dan bangunan.