AWANI Pagi: Wira kecil cetus gelombang besar bola sepak negara
  • 2 tahun lalu
Pasukan Malaysia Warrior mengharumkan nama negara selepas menjuarai Kejohanan Bola Sepak Piala Global J-Green Sakai bawah 12 tahun (B12) di Osaka, Jepun pada Hari Malaysia, 16 September lepas.

Dalam aksi final di Pusat Latihan Bola Sepak Kebangsaan Jepun J-Green itu, skuad muda negara mengalahkan pasukan Divisyen Dua Liga Jepun, Ventforet Kofu, 2-0.

Mengambil latar kejayaan itu, kita mahu bincang lebih lanjut pengajaran yang boleh diambil serta ilmu yang dicedok di Osaka itu.
Disyorkan