KDN perketat SOP elak aktiviti langgar undang-undang
  • 2 tahun lalu
Segala proses dan prosedur operasi standard agensi penting di bawah Kementerian Dalam Negeri dijangka diperketat bagi mengelak aktiviti melanggar undang-undang melibatkan pegawai dan kakitangannya.

Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan beliau akan memanggil semua kepimpinan dan pegawai kanan yang menguruskan agensi utama seperti Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Pendaftaran Negara dalam masa terdekat.