#KomunitiAWANI: Tarikan istimewa terbaharu di Pantai Teluk Ketapang

  • 2 tahun lalu
#KomunitiAWANI 17 September 2019 menampilkan pelakon, Ben Amir sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI.



Kita saksikan cerita mengenai insiatif baharu oleh Universiti Putra Malaysia memperkenalkan modul keselamatan jalan raya. Kemudian, kita saksikan pula usaha menghijaukan bumi yang diperkenalkan oleh Universiti Teknologi Malaysia. Selepas itu, kita saksikan pula kerjasama Kelab Kaki Pancing dengan Majlis Perwakilan Penduduk Bandar Tun Razak mengagihkan 500 barang keperluan memasak secara percuma. Kita juga akan saksikan sesuatu yang istimewa buat para pengunjung Pantai Teluk Ketapang pada petang jumaat.