Tindakan spontan Agong turun singgahsana kurnia anugerah curi tumpuan

  • 2 tahun lalu
Tersentuh hati dan terharu...
Itu perasaan Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia Datuk Dr Abdul Latif Mohmod selepas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah secara spontan menuruni anak tangga singgahsana untuk mengurniakan darjah kebesaran kepadanya.
Detik indah itu sempat dirakam lensa kamera apabila Al-Sultan Abdullah dilihat turut memberi isyarat kepada Abdul Latif supaya tidak menaiki tangga.
Difahamkan, Abdul Latif yang dikurniakan Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran 'Datuk' mengalami kecederaan ketika bertugas, 10 tahun lalu.